lain-lain

Terkini! Berita panas MH 17 di tembak SU-25 milik Ukraine terbongkar!

Sharing is caring

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita MH17 ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine.

Pelbagai teori timbul yang menyebabkan kita pening kepala dan tertanya mengapa Malaysia menjadi mangsa?

Jadi saya tidak lepas peluang untuk sentiasa follow berita arus perdana dan berita underground supaya kita sentiasa update.

Terkini! Berita panas MH 17 di tembak SU-25 milik Ukraine terbongkar! 1

TERKINI: Media Rusia baru tadi mengesahkan bahawa gambar yang kononnya dikeluarkan oleh CNN, BBC dan sebagainya yang kononnya gambar missile BUK yang telah menembak jatuh pesawat MH 17 adalah PALSU dan telah di EDIT. Gambar yang telah disahkan oleh Pihak Risikan Rusia dan Germany melalui mesin intelligent programmer ghost menunjukkan gambar bertarikh 07/02/2008 iaitu sebelum UKRAINE keluar dari Rusia.

 

Kerajaan Rusia sedang bekerjasama dengan kerajaan German untuk memburu Luke Skywalkerchenko iaitu seorang pilot UKRAINE yang membawa jet su25 plat no 10902 base airport Poltava yang telah menembak jatuh pesawat MH 17. Menurut media Rusia : Luke Skywalkerchenko telah berjaya menukarkan nama asalnya kepada nama ” Peter Hiller ” dan PASPORTNYA berwarganegara USA dan bukan lagi UKRAINE yang berumur 41 tahun bagi dielak dari dikesan.

Baca:  Rokok seludup murah berpotensi biayai jenayah masa depan

Media Rusia memaklumkan bahawa mereka sudah mempunyai bukti cukup termasuk rakaman perbualan pilot su25 Ukraine dgn ATC tower ketika pesawat MH 17 ditembak. Malah rakaman ni telah pun diberi kepada kerajaan Germany dan telah disahkan betul dan tidak di edit. Malah radar udara Rusia berjaya mengesan dan merakam jet pejuang SU-25 Ukraine yang telah mengekori rapat pesawat MH 17 sebelum ditembak jatuh akan didedahkan kepada UMUM.

Menurut pihak Russia, rekod radar penerbangannya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat Malaysia Airlines MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengendalikn stesen radar untuk sistem peluru berpandu. Left Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat MH 17 itu tersasar ke utara dengan jarak 14 kilometer jauhnya dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu 3 ke 5 kilometer sebelum menembak tepat ke arah pesawat MH 17.

Baca:  Berita spekulasi terkini MH 370

Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengeluarkan rakaman yang menunjukkan kehadiran sebuah pesawat pejuang Sukhoi 25 milik Ukraine berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada MH17 pada awal pagi 18 Julai.

Rakaman video berkenan telah ditayangkan kepada pihak media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kedutaan Rusia dan telah diserahkan kepada Wisma Putra, Kerajaan Malaysia.

Seorang pegawai tinggi AD Rusia, Leftenan Jeneral Andrei Kartopolov, hari ini menyebut, sebuah jet pejuang SU-25 Ukraine telah disahkan menembak jatuh pesawat MH 17. ” SU-25 boleh dengan mudah terbang dengan ketinggian 10,000 meter dan biasanya bersenjatakan peluru berpandu udara ke udara R-60 yang boleh mengenai sasaran dalam jarak maksimum 12 kilometer sehingga dalam jarak 5 kilometer sebuah sasaran yang ‘ditargetkan’ pasti boleh dikenakan,” kata Kartopolov.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 7

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge