Test power menjual di car boot sale

Kali ni saje nak citer kisah menjual di car boot sale. Selalunya car boot sale ni tempat orang nak let go barang-barang terpakai atau barang baru tak terpakai yang dah berlonggok kat rumah tak tau nak letak kat mana. Jadi barang-barang tu boleh je disedekahkan atau let go dengan harga murah-murah.

Tapi dalam pada ada peluang tapak macam ni ada je orang yang mengambil kesempatan untuk bisnes dan jual stok-stok baru. Tujuan car boot sale adalah lebih kepada komuniti dan yuran yang dikutip bagi setiap tapak adalah untuk kerja-kerja kebajikan.

Nak ceritanya bagi yang nak rasa menjual offline ala-ala pasar malam, bolehlah join car boot sale ni. Tak payah malu, tak payah segan. Bentang tikar, letak barang dan tunggu je orang datang. Nak join pasar malam belum tentu dapat so nak cuba-cuba dulu menjual elok datang kat car boot sale. Yuran murah dan boleh daftar online untuk lihat kejadian car boot sale di merata tempat. Minat?

BACA:  Mahu jadi usahawan berjaya dengan produk jenama sendiri

Join car boot sale —> daftar car boot sale sini

Tips penting nak join car boot sale:

1. Daftar online sebab nak survey tempat mana car boot sale minggu ni atau minggu seterusnya.

2. Dah tau tempat, jika rajin tengoklah tempat dulu. Kenapa nak tengok dulu. Haaa…tengok matahari naik tang mana. Cari pot yang tak panas supaya bila kita dah letak tikar nanti matahari naik kita tak kena panas direct. Kalau datang sorang takpe tapi kalau satu kapal join dengan anak bini lemas nanti berpeluh kena terik matahari pagi.

Lagi lama kat situ, lebih cerah peluang nak licinkan stok. Jadi bila balik taklah bawa balik semula barang yang kita bawa tadi. Buang karen je kan. Tapi tu lah kalau salah pilih pot, pukul 10am dah panas, anak dah bising bini pun rasa nak balik je. Oleh itu, pilih pot adalah point paling penting hehe.

BACA:  Senarai supplier pelbagai jenis barang-barang murah harga borong dari China

3. Nak jual barang terpakai jangan mahal sangat especially jika nak ‘cuci rumah’. Takde ruginya jual lelong sebab yang penting rumah kita kembali bernafas banding dengan penuh dengan barang tak pakai.

4. Selalunya akan ada orang yang datang setiap lot untuk kutip yuran. Biasanya yuran tak mahal cuma RM10 je. Jangan risau, jika tak balik modal anggap itu sedekah (memang sedekah pun).

5. Datang awal. Seawal-awalnya untuk cop pot yang kita dah identify. Lambat memang terlepaslah dan duduklah kat mana yang patut.

6. Nak dapat tips lebih search lah kat blog-blog lain dan amati cerita diaorang untuk dapatkan more info. Boleh kan.

Setakat ni, saya sekeluarga dah join dua car boot sale. Memang teruja jugaklah sebab seronok bila orang tanya dan beli barang-barang yang kami nak let go. Especially mainan budak-budak. Asyik nak beli mainan baru so juallah mainan lama. Rolling bang jangan tak rolling. Kutip modal semula jika nak beli baru. Anak-anak setakat ini setuju dan seronok.

BACA:  Minat bisnes tapi takde modal besar?

Lagi satu tudung. Tau-tau je lah tudung ada berapa banyak. Orang perempuan lebih tau. Baru-baru ni alhamdulillah, licin bila letak kat car boot sale. Daripada tak digunakan, lebih baik la let go murah dan owner baru boleh pakai.

BILA RAMAI FOLLOWER IKUT, LEBIH RAMAI ORANG NAMPAK PRODUK ANDA DI FB!

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST PRODUK ANDA?

>> DOWNLOAD CONTOH AYAT POSTING PRODUK MENARIK PERHATIAN ORANG! <<

Rugi tak join car boot sale!

[1-click-image-ranker]

Peluang perniagaan 2016

12 thoughts on “Test power menjual di car boot sale”

  1. Salam ziarah,
    Teringin juga nak cuba2 untuk ‘clearkan’ rumah, tapi macam tak berani saja huhuhu

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: