kesihatan

Tips elak hidung tersumbat

Sharing is caring

Hidung tersumbat merupakan tanda awal minor asma. Ia juga berkaitan masalah sinus, sakit tekak, batuk, tonsil bengkak, kerap bersin dan selsema. Sensitif kepada habuk, debunga dan pelbagai ampaian diudara menyebabkan anda kerap mengalami tekanan seperti yang diatas. Perkara ini sangat remeh tidak penting serta dipandang biasa sahaja di mata tetapi kesannya amat tidak selesa kepada pernafasan. Bagi yang terkesan mungkin dah jadi biasa dan menganggapnya tidak mengapa tapi sebenarnya kita boleh kurangkan kesan asma minor ini dengan mengelakkan beberapa keadaan yang boleh memburukkan lagi kesihatan kita. Tanpa ilmu selalunya kita main redah sahaja dan menganggap tidak mengapa kepada semua benda. Tapi sebenarnya kita boleh buat beberapa tindakan bagi melindungi kesihatan kita dari menjadi lebih serius.

Antara langkah yang kita boleh elak dari membururukkan lagi penyakit asma adalah:

  1. Pernahkah kita ambil tahu tentang kualiti udara disekeliling kita. Kualiti udara tidak termasuk bergantung kepada asap sahaja tetapi meliputi partikel bio dan semula jadi yang boleh merangsang tindakbalas sistem pertahanan badan kita terhadapnya. Terdapat banyak partikel debunga apabila selepas hujan. Begitu juga semasa angin bertiup kencang. Oleh itu elakkan keluar rumah pada waktu ini. Ini bagi mengelakkan sistem pernafasan terdedah kepada alergen walaupun ianya merupakan bahan semulajadi sahaja. Pada waktu sebegini eloknya duduk dalam rumah dan kawal aliran udara dalam rumah secara tertutup. Lebih baik ada pendingin hawa.
  2. Sebelum terlupa begitu juga jika anda memandu kereta. Bagi orang yang asma dan alergik, patutnya tutup tingkap dan pakai ekon. Elakkan dari menjadi penapis partikel apabila memandu laju sambil buka tingkap. Habis semua partikel itu masuk dalam hidung dan jadi tempat pengumpulan partikel. Melainkan jika menutup hidung apabila keluar dari rumah maka ini suatu idea yang boleh diaplikasikan kepada orang alergi asma.
  3. Pastikan kawasan lembap dalam rumah tidak sampai tahap dijangkiti bakteria dan kulat. Ini kerana seperti debunga juga walaupun semulajadi ia tetap boleh memudaratkan kepada mereka yang alergik dan boleh mendatangkan kejutan komplikasi. Dalam hal ini pembasmi yang agak common dan efektif adalah klorox. Mudah nak cari kat mana mana kedai pun ada.
  4. Oleh kerana tak digalakkan keluar rumah jadi sekarang ini menjadikan suatu keperluan untuk pastikan udara dalam rumah adalah bersih dan kurang partikel. Jadi jangan tanam pokok bunga dalam rumah. Pada bunga akan ada debunga kecuali pokok hiasan yang berdaun sahaja tetapi tidak berbunga. Lebih mudah nak kawal. Selain itu debu dan habuk adalah banyak pada cadar dan bantal yang sudah lama agak lama tidak di rotate untuk dihantar ke dobi. Satu lagi musuh kepada manusia itu sendiri tapi heaven bagi debu/partikel ialah karpet. Cantik karpet ni belum tentu dibasuh dan mungkin terus je pakai lepas balik shopping.
Baca:  Nak tahu ubat yang boleh tahan sakit Gout?

Begitulah kita kena peka dengan keadaan disekeliling bagi memastikan kesihatan diri sendiri. Masa muda sihat sebab tu tak kisah sangat dan tiada pantang larang. Tapi bila dah tua semua perkara perlu ambil kira pastikan kesihatan tidak terganggu.

Precaution adalah lebih baik dibuat secara pantang larang terlebih dulu sambil beringat selalu. Terapkan budaya memakai penutup mulut perlu dimulakan denga lebih serius. Buang perasaan malu. Ini kerana kesihatan adalah lebih utama dan jika kita menghargainya sudah pasti akan dapat menfaatnya dimana kesihatan kita pun terjamin.

Baca:  SOP Pembukaan Semula Sektor Ekonomi - Prime Minister's Office of Malaysia (PMO)

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 3

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

2 Comments on “Tips elak hidung tersumbat”

  • hidung tersumbat ni..kalau tersumbat sebelah pun dah tak senang duduk dah..

  • Amir Mazlan; syukur lagi boleh bernafas elok. tak boleh bayang orang yang ada alergi sensitif