Tips Blogging – Hati Bahagia Ialah Mulakan Tiap Hari Dengan Tanam Niat Murni Tulis Untuk Manfaat Pembaca

Bismillah.

Alhamdulillah kerana kita dihidupkan semula dari kematian yang sementara.

Apa tujuan kita hidup?

Apa tujuan kita bangun tidur?

Apa tujuan kita bersiap untuk pergi bekerja?

Apa tujuan kita berniaga?

Apa tujuan kita buat perkara yang kita selalu buat?

Mulai hari ini tanam niat murni paling dalam di lubuk hati yang paling gelap kerana disitu jika kita tidak endah sangat mudah untuk syaiton meniupkan bisikan-bisikan jahat yang boleh melalikan kita dari tujuan kita yang asal.

Sabda Nabi s.a.w. sebaik-baik umat adalah orang yang bermanfaat pada orang lain.

Bukan maksud diri kita saja yang penting.

Jangan pentingkan diri sendiri. Itu selfish.

Tapi diri sendiri juga penting. Semua perkara ada batasnya.

Next.

Beri manfaat pada orang lain.

Orang yang dekat dengan sekeliling kita.

Keluarga kita.

Next.

Jiran kita.

Next.

Orang khalayak umum.

Apa yang kita boleh bantu?

Hanya niat murni yang boleh jadikan kita bahagia.

Hanya niat murni yang akan beri kekuatan untuk kita move on.

Hatta orang bukan Islam yang baik akan berasa tidak tenang apabila tidak melakukan yang terbaik.

Naluri semulajadi manusia semuanya nak menjadi baik.

Yang nak perkara jahat tu sebenarnya adalah orang yang tidak normal.

Oleh itu samada anda makan gaji, kerja sendiri atau buat kerja sukarelawan dan sebagainya, perbaharuilah niat setiap bangun pagi setiap hari.

Hatimu kan rasa bahagia!

Sebenarnya aku terfikir nak tulis ni sebab selalu tanya pada diri sendiri apa yang aku buat ni on pc buka blog log in wordpress kerana apa?

Adakah hari-hari dok tengok apa hasil blog ni, berapa trafik blog, banyak mana dapat adsense dari blog hari ni, apa kempen blog aku nak buat hari ni dan pelbagai alasan lain lagi yang boleh dibuat-buat atau alasan yang memang ori.

Jadi hari ni aku muhasabah balik diri ini, relaks, chill dan tenangkan hati, fikir dari lubuk hati yang paling dalam. Perbaharui niat, murnikan jiwa – aku menulis kerana nak berkongsi ilmu apa yang aku tau supaya dapat ganjaran pahala yang berterusan. Apabila orang baca dan amalkan aku akan dapat pahala yang berpanjangan selagi mana orang membacanya.

Aku pulak minat pelbagai benda jadi blog ini tidaklah hanya ada ilmu dari satu cabang tapi apa semua yang aku minat akan dikongsikan jadi pembaca boleh pilih mana yang minat sahaja untuk baca. Jika tidak minat, tiada paksaan kerana banyak sumber di luar sana yang korang boleh pilih.

Moral of the story, apa pun perkara yang korang buat buatlah dengan niat yang murni, jadikan niat buat kerana Allah swt dan lepas tu kongsikan ilmu tu dengan orang lain yang menjadikan usaha kita itu menjadi satu pengajaran untuk amalan orang lain. Asbab perkongsian tu moga usaha kita mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah swt. In shaa Allah.

Hits: 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge