sekolah

Tips Memilih Sekolah Rendah Islam Untuk Anak Belajar Agama

Sharing is caring

Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak apalagi bila masuk bab belajar agama. Bagi yang berpengalaman tentu ibubapa amat maklum tentang liku-liku dan cabaran dalam memenuhi keperluan pembelajaran anak. Namun bagi ibubapa yang baru mempunyai anak yang sekolah pastinya sangat naif dan fikir semua sekolah adalah baik-baik sahaja.

Untuk pengetahuan ibubapa khususnya di Selangor, sekolah agama perlu berdaftar dengan JAIS. Begitu juga di negeri lain pihak sekolah perlu berdaftar dengan pejabat agama negeri masing-masing. Perkara ini perlu disahkan sendiri oleh ibubapa dan janganlah dengar dan anggap dari cakap-cakap orang sahaja. Boleh tanya sekolah sendiri atau jika tak yakin kerana pihak sekolah mungkin ada manipulasi, ibubapa boleh cek sendiri di laman web portal maklumat pendidikan Islam (JAKIM) di sini.

Ibubapa patut sedar perkara ini dan tidak boleh menganggap semua sekolah agama berdaftar dengan pejabat agama islam negeri. Mesti double check. Semua sekolah agama samada berdaftar atau tidak menawarkan pembelajaran namun apabila tiba hal peperiksaan, hanya sekolah yang berdaftar dengan pejabat agama negeri yang di beri kuasa untuk menjalankan peperiksaan utama seperti UPKK dan PSRA. Itu yang ibubapa perlu ingat.

Itu tips utama melainkan ibubapa tidak mahu anak menjalankan peperiksaan dan hanya perlu untuk belajar agama sahaja sebagai pengetahuan dan ilmu berguna untuk anak. Tips yang lain adalah berkaitan dengan kebersihan. Kadangkala kita sentiasa beranggapan baik semua sekolah agama adalah bersih dan elok. Untuk mengetahui samada keadaan kebersihan sekolah agama adalah dalam keadaan yang baik ialah dengan ibubapa melihat sendiri ruang penyediaan makanan dan tandas. Melihat sekali lalu sahaja, ibubapa sudah boleh tahu samada ok atau tidak untuk anak nak masuk ke situ. Kalau tandas berlumut, tak boleh flush sebab dah rosak, lubang tandas asalnya putih dah jadi kaler coklat, adakah ibubapa tergamak nak hantar anak ke situ? Jawapannya sudah tentu tidak.

Tips lain ialah dengan melihat keadaan kelas. Ada sekolah yang memasang aircond khasnya sekolah swasta. Ini memang bonuslah. Sepatutnya dengan yuran yang tinggi sudah tentunya patut ada aircond. Jika yuran tinggi tapi tak ada aircond tentu agak pelik ke mana wang yuran itu dibelanjakan yang sepatutnya dicurahkan untuk kemudahan anak-anak dan tidak hanya menguntungkan pengusaha sekolah sahaja.

Sistem pengurusan yang sistematik juga perlu diberi merit. Sekiranya semuanya teratur sudah tentu nanti pembelajaran anak-anak akan di jalankan dengan sistematik dan teratur menjadikan kita nak follow up pembelajaran anak juga menjadi lebih mudah dan lancar. Jika sekolah tidak mengamalkan sistem kita akan dapat lihat anak-anak hari-hari pergi dan balik sekolah tapi buku sentiasa kosong dan tak terusik. Tidak tahu apa yang mereka belajar dan yang paling sedih anak-anak sendiri pun tak tahu ustaz dan ustazah kenapa tak masuk kelas dan sebagainya.

Tidak boleh percaya sahaja sekolah agama ni semuanya baik, ibubapa mesti memantau dan awasi pembelajaran anak-anak. Jika didapati tak memuaskan, jangan tunggu lama, survey sekolah agama lain dan pindahkan anak ke sekolah agama yang lebih baik. Sekolah yang teratur akan dapat kita lihat kesan positif ke atas anak-anak.

In shaa Allah.

Hits: 8

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge