savings

Tips simpan duit hijau

Sharing is caring
Anda boleh gunakan teknik ini pada duit RM5 (hijau) atau duit RM20 (oren).
 
Caranya… mudah sahaja!
Setiap kali anda menerima wang RM5 atau wang RM20 sekeping…. anda perlu ANGGAP bahawa… duit tersebut adalah “HARAM” digunakan.
 
Oleh itu, anda perlu simpan duit tersebut di dalam sebuah tabung khas di dalam rumah anda!
 
Setiap kali dapat je duit RM5/RM20.. terus masukkan dalam tabung tersebut.
Jangan gunakan ia!
 
Setelah cukup bulan…
Anda boleh buka tabung tersebut, keluarkan semua duit dan simpan duit tersebut ke dalam bank pula.
 
Anda pasti akan terkejut dengan jumlah duit yang telah berjaya anda kumpulkan dengan menggunakan teknik “Duit Haram” ini!
 
Macam mana? Bolehkan?
Jika anda rasa RM20 tu macam sayang je nak simpan…
Tak mengapa, mungkin anda boleh cuba dulu dengan duit RM5 sahaja… 🙂
 
Boleh ya?
 
Ringkas sahaja untuk tips kali ini!
Walaupun agak ringkas dan simple, saya harap anda dapat amalkan ia!
 
In shaa Allah kita bertemu lagi di tips jimat yang seterusnya!

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge