tips

Touch N Go Sistem Tol Yang Dah Ketinggalan Zaman!

Sharing is caring

Perasan tak?

Tak pasti korang perasan atau tak.

Bagi aku penggunaan sistem Touch N Go untuk guna di tol adalah kurang efisien dan kurang relevan pada zaman sekarang.

Kenapa? Nak tahu?

Pertamanya, dengan wabak pandemik Covid-19 sepatutnya dah upgrade ke sistem yang tidak bersentuhan bagi mengelakkan penyebaran penyakit.

Kedua, apabila sistem memerlukan sistem yang bersentuhan ini akan mengambil masa yang lama bagi pemandu untuk memegang kad dan touch kepada sensor Touch N Go. Perkara ini akan sebabkan traffic jam yang teruk di tol pada waktu-waktu puncak. Walhal di hadapan selepas tol tidak ada kesesakan pun.

Ketiga, sensor untuk kad Touch N Go amat ketinggalan dan tidak efisien lagi. Ada kala waktu pemandu perlu menggosok-gosok atau menggesek kad dengan kuat ke atas sensor menunjukkan dah sampai masa sensor perlu diservis atau ditukar baru.

Baca:  Sikap positif ibu hasilkan anak yang hebat

Tapi yang sebaik-baiknya ialah pihak PLUS tukar sensor kepada sistem yang lebih canggih. Kalau korang tak percaya cuba tengok sistem sekuriti di kawasan perumahan korang. Perlu ke korang tenyeh kad akses kat sensor bila nak masuk kawasan perumahan korang.

Aku perasan tak perlu buka tingkap pun. Angkat je kad akses dalam kereta dan letak separas dengan sensor dah boleh detect dan palang pun terangkat kereta boleh masuk. Jika buka tingkap kereta pun aku tak perlu nak sentuk kad akses tu ke sensor. Cukup dengan lambai kad akses dari jarak tertentu pun dah boleh aktivate sensor tu agar palang halangan tu terangkat. Sistem sekarang dah canggih bang!

Baca:  Contoh hiasan dalaman yang murah untuk rumah flat

PLUS adalah syarikat besar dan bertanggungjawab atas sebahagian kemudahan jalanraya di Malaysia. Oleh itu aku menyeru agar kita boleh usulkan kepada pengurusan PLUS yang membaca artikel ini pertimbangkanlah untuk upgrade sensor Touch N Go tanpa perlu kami membayar tol yang lebih. Jangan pula naikkan kadar tol memandangkan aku berpendapat PLUS telah dapat banyak manfaat dari puluhan tahun menyediakan khidmat terbaik dimana rakyat Malaysia telah membayar dengan harga yang bagus juga.

Adil kan.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 18

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge