Virus tu apa dan bagaimana dia boleh terus hidup?

Virus ni zombie. Ya, kalau korang nak senang faham boleh cakap macam tu. Virus ni ibarat macam robot atau mesin yang bukan mekanikal tapi mesin biologi.

Agak menakutkan. Virus ni sebenarnya ialah partikel protein yang kat dalamnya ada bahan genetik DNA atau RNA. Bayangkan macam lolipop yang di lapisan luarnya ada karamel keras yang manis dan dalamnya ada isi coklat cair atau jem strawberi. Selebihnya ada aksesori subunit protein. Tiada organel lain.

Bayangkan batang pada lolipop yang merupakan aksesori ni tadi. Sesetengah virus, aksesorinya berbentuk kaki macam kapal angkasa. Bagi coronavirus pula sempena namanya, aksesorinya berbentuk mahkota atau crown. Kepentingan aksesori sangat besar. Ia macam kunci yang membuka pintu sel dan membenarkan virus untuk memasuki sel haiwan dan menguasainya.

Baca:  Anak anda lemah Bahasa Inggeris (English)?

Tidak seperti bakteria atau amoeba yang punya sistem lengkap dan bernafas, virus ni macam mati dan dorman sahaja sehinggalah ia berjaya masuk dalam sel manusia atau haiwan yang sesuai atau hos dimana sel hos akan mengikut arahan atau program virus dengan menghasilkan anak-anak virus baru dengan banyak menggunakan komponen yang ada dalam sel hos itu sendiri.

Baca:  Anak tonsil bengkak disebabkan oleh bakteria atau virus dan perlukah antibiotik?


Di luar hos, virus mendiamkan diri (dorman) dan nampak macam tidak bahaya. Covid-19 direkodkan boleh kekal dorman diluar selama 24 jam di atas kadbod dan boleh terus bertahan lebih dari 24 jam di atas plastik dan besi tahan karat.

Sebaik sahaja Covid-19 melekat pada sel hos terutamanya sel-sel sistem pernafasan yang merupakan feveret bagi virus ini maka bermula satu program pemusnahan yang dahsyat. Sel sistem pernafasan adalah seperti sel dalam hidung, tekak, trakea dan seterusnya paru-paru haiwan khususnya manusia.

Hits: 10

About Azam Mohd

Penulis merupakan blogger sambilan menulis tips untuk memberi motivasi kepada para pengunjung supaya dapat merasa urgency untuk bertindak dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Like FB saya di https://www.facebook.com/azam.mohamad.969 - Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Popups Powered By : XYZScripts.com